dakwah yang berkesan dan terkesan



HABIB ALI ZAINAL ABIDIN B. ABU BAKAR AL-HAMID


assalamualaikum... hai chingu(s)..nmpk x blog aq ? (show off kejap) finally siap jugak. penat melayan photoshop yang byk ragam nie. ok harini x nk cite pasal blog aq nie. just nak cerita pasal yang tajuk at atas tu lah. ok aq x berniat nak menyindir sesiapa. cuma, di sini, aq nak cakap yg aq x berapa suka dengan sesetengah dai'e. as we know, kite semua adalah dai'e (pendakwah). dawah tu sunnah rasul tau.bukan bermakna aq menola pendapat die . tidak sama sekali.

cuma aq rasa kurang selesa bile sesetengah drpd mereka 'berdakwah' atau memberi teguran dengan cara yang kasar..faham x macam mane. ye. mmg kadang-2 ade manusia yang lebih berkesan jika orang tegas sikit dengan die. tapi kasar dan tegas adalah dua bende yang berbeza. aq bagi satu contoh status

'hanya perempuan murahan saje yang suka dedahkan aurat. wanita muslimah akan menjaga auratnya dan tak suka memandang dan dipandang'

mungin nampak keras dan bg para muslimah, mungkin mereka kurang terkesan bisanya. tapi saye urang setuju dengan orang suka menjatuhkan martabat seorang wanita. rasulullah pun x pernah berdakwah dengan cara yanng mcm tu. kenapa kita yang hanya seorang hamba Allah nak ckp mcm tu. Allah mengangkat tinggi darjat seorang wanita. jangan begituu mudah kita nak melabel die dengan hanya kita melihat luarannya saje

kalau seseorang tu senang terpengaruh kepada perkara buruk sekalipun itu bermakna hatinya lembut. tak mustahi jika kita berikan die nasihat dengan lembut dia akan berubah jugak. dawah tu ibarat buah yang manis. kalau kita bagi dekat jiran sebelah dengan baik dan dengan ikhla, orang itu akn menghargai dan dia dapat rase nikmatnya, manisnya buah tu. kalau kita bagi dengan kasar dan dengan terpaksa, agak-2 jiran kita tu na makan tak. jangan bagi orang lain rase kebencian kita biar orang lain dapat rasa keikhlasan kita. islam mudah dan indah.

berhenti melabel seseorang dengan gelaran yang boleh menjatuhkan maruah mereka. walau seteruk mana sekalipun sikap meraka, kita ta tahu dunia dalaman mereka.hidayah milik Allah. teruskan berdoa kalau kita betul-2 nak mereka berubah. beri tegurang yang tak menyakitkan hati rang lain.

mungkin mereka jahil, mereka belum tahu, mereka belum nampak tarbiyah islam yang sebenar-2nya. kita berikan panduan pada die. jangan terus 'menghentam tak tentu pasal'. mreka pun manusia macam kita. sama. kalau ita rase kita ada perasaan, mereka pun same. silaturahim sgt perlu utk dijaga. jangan label mereka seperti kita mmg confirm masuk syurga. kalau dengan kafir zimmi (org bukan islam yang tdk menentang islam) pun Allah suruh kita memperlakukan mereka dengan baik apatah lagi saudara seakidah kita.

teruskanlah dakwah kita semua. cuma ikutlah cara rasulullah. rasulullah adalah contoh terbaik utk kita semua.
SOLLU 'ALA NABIY

ASSALAMUALAIKUM :)
 

hijrah


assalamualaikum wbt....okei.salam jumaat buad muslimin dan muslimat..hari yang penuh barakah nie...semoga masa kita didisi dengan perkara kebaikan yang smestinya akan mendatangkan manfaat utk kite bukan sahaj di dunia tapi di akhirat juga...sebelum nak cakap pasal hijrah nie...saya nak ucapkan byk-2 terima kasih pada salah seorang rakan fb saya yang sudi memberi pendapat dan menjawab persoalan saya yg pelik-2 tu..semoga Allah bersama akak :)
hijrah nie, semua orang tahu kan maksudnya...tapi saya bukan nak ckp pasal hijrah yang pindah rumah ke apa tu tapi hijrah sikap kita...mungkin ramai yg nak berhujrah sempena azam tahun baru nie kan...Alhamdulillah...tapi mesty cuba untuk lakukan ye..mungkin utk kita berhijrah nie byk godaan kan...kite akan terasa berat pada mulanya..tapi ingatlah niat kita nak berhijrah kerana siapa..haruslah kerana Allah kan...apa yang penting adalah kita kena sabar...percayalah sahabat-2 saya, sabar itu sangat indah..Allah pasti akan beri ganjaran yang tidak kita sangka sama sekali...masyaAllah....takkan kita x nak kan..
rasulullah mewariskan kita Al-quran dan sunnahnya untuk kita amalkan dan dalami...
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
kita nak berhijrah nie mungkin ada kalangan kita x de kekuatan atau tak ade dorongan..kenapa kita nak cari kekuatan darpada manusia..kenapa kita nak dapat kekuatan daripada seorang hamba Allah..kenapa kita kita tak minta kekuatan dari Allah..kita x percaya ke dengan Allah..Masyaallah tabarakallah...kita tahu Dia yang menjadikan kita..Dia yang memiliki hati setiap hamba-Nya..kita mendekati Allah insyaallah Allah akan hantar   seseorang yang sayangkan Allah untuk menyampaikan kekuatan darpd Allah...ingat apa sahaja kita nak buad niatkan kerana Allah...
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya."
(Hadith riwayat Bukhary)
apa yang kita nak buad untuk berhijrah ?
carilah ilmu...kalau cahaya tak jatuh di mata kita hanya buta fizikal, yang tak nampak jalan di dunia sahaja..tapi kalau tak ada cahaya ilmu yang jatuh ke dalam hati kita, kita ada potensi untuk buta hati dan kita takkan nampak jalan menuju akhirat...berkata imam asy-syafie rahimullah...
sesiapa yang inginkan dunia hendakklah mencari ilmu, jika hendakkan akhirat, maka carilah ilmu..jika hendak kedua-duanya maka carilah ilmu
ramai manusia ilmu hanya terletak dalam otak atau fikiran mereka tetapi bukan dalam hati kita..masyaallah...nak berubah kita tak perlu nak tulis status kat fb "aq nak jadi muslimah sejati" atau ape lagi yang lain..semua itu boleh timbul perasaan riak..riak itu syirik...kenapa tidak biar kita dengan Allah sahaja yang tahu...tapi lain cerita lah kalau kita beritahu orang2 tertentu seperti ustaz, ustazah, untuk meminta pandangan...

mungkin kita tak tahu macam mana nak mula memakai tudung labuh...Insyaallah, meh sini saya kongsikan...saya harap dapat membantu



1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah… 
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut. 
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring). 
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. 
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar. 
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
 seterusnya bersahabatlah dengan sahabat yang soleh solehah...kalau kita disisih jgn peduli...saya juga pernah  merasakannya...tapi semua tu, ujian Allah...itu semua penghapus dosa...yakin dengan Allah..jaga hubungan kita dengan Allah...

sekian..assalamualaikum :)


muslimah seindah mawar berduri



assalamualaikum....Masa ul khair...macam mane ? sihat ? alhamdulillah, Allah masih beri izin untuk jari-2 nie menari di atas keyboard nie...dah berapa lame dah tak update blog nie...dah bersawang dan byk habuk dah dlm blog nie..tiup sikit habuk tu....yelah blog nie tak seberape, follower x berapa ramai..sape yang nak bace kan..tapi xpe.kite share je...

okei hari nie ckp sikitlah pasal tajuk yang atas tu...bile kite sebut je muslimah, kebanyakan daripada kite akan byngkan seorang prmpuan yang berjubah, bertudung labuh dan tak up-to-datelah kononnya...tapi sebenarnye definisi muslimah adalah perempuan atau wanita islam...bolehkan seorang muslimah bercouple ?
bolehkah kita bertabarruj dan sebagainya...tu soalan yang selalu kawan nyata mahupun kwn online bertanya pade saye...saye x begitu arif.sebaiknya rujuklah balik ape yang di katakan oleh ulamak muktabar...kerana hidup kite nie, kite kene berpegang kepada 4 perkara iaitu

*Al-quran
*hadith 
*ijmak
*qias

Allah ade menyebut dalam Al-quran tentang larangan mendekati zina...LA TAQRABUN ZINA..korang perasan tak kenape Allah x ckp "jgn berzina" tapi jgn dekati zina"...kenape..okei...zina boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu perbuatan,mata dan hati...kite bercouple tu sebenarnye adalah titik-2 yang menghampiri zina..mmg kite tak lakukan lagi tapi kite telah menghampirinya sedangkan Allah dah cakap jgn hampiri zina...permainan syaitan sgt licik membuatkan kite boleh tertipu dengan musuh utama kite sendiri...astaghfirullahal'azim...moga dapat dijauhkan ye..


tahukah kite macam mane Allah sayang kan hamba2-Nya...Allah S.W.T maha penyayang..ade satu cerita yang saye nak kongsikan berkenaan dgn kasihnya Allah kpd kite..saye mmenitiskan air mate apabila membaca kisah ini...betapa besarnya kasih sayang Allah pada manusia yang istimewa

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

seorang wanita yang baik bukan terletak pada kecantikannya..bukan juga kerana dia nie seorang yang bijak pandai memasak and semualah..kire perfect nk buad menantu plihankan...bukan semua tu yang akan membuad bidadari-2 syurga cemburu pada wanita itu
ape yang membuatkan dirinya seorang yang dicemburui oleh bidadari syurga tu ?

  • seorang anak yang taat pada ibu bapanya 
  • seorang isteri yang solehah dan pandai mengambil hati suaminya 
  • seorang ibu yang berusaha mendidik ank-2nya dengan tarbiyah islam dengan baik
  • seorang wanita yang bersungguh-sungguh menjaga aurat dan kehormatan dirinya
  • wanita yang giat menyumbang dalam islam 
  • wanita yang amat mencintai Allah dan Rasulullah
6 perkara di atas tu aq dapat mase dengar ceramah ustazah fatimah syarha yg bertajuk fitra wanita anggun..
kecantikan muslimah seperti inilah yang membuatkan diri mereka susah untuk didekati...alangkah indahnya jika kita ade masa lalu yang terpelihara..jadi peliharalah hati kite dan cinta kite untuk Allah...Insyaallah, Allah akan kirimkan kite seorang imam yang sayang Allah juga...siapa yang tak nak membentuk keluarga sakinah ? yang penting aurat dan hubungan kite dengan Allah kena jaga...kan indah mata memandang kalau seorang muslimah menjaga auratnya dengan baik

jadi, seorang muslimah haruslah mahalkan diri mereka daripada tawaran dan janji manis lelaki...tiada teman bukan beerti tak laku tapi limited untuk yang halal sahaja....di mana pulak kite letak istimewanya suami kita nanti kalau kita membenarkan lelaki lain menyentuh kite tanpa segan silu...







SHout