muslimah seindah mawar berduri



assalamualaikum....Masa ul khair...macam mane ? sihat ? alhamdulillah, Allah masih beri izin untuk jari-2 nie menari di atas keyboard nie...dah berapa lame dah tak update blog nie...dah bersawang dan byk habuk dah dlm blog nie..tiup sikit habuk tu....yelah blog nie tak seberape, follower x berapa ramai..sape yang nak bace kan..tapi xpe.kite share je...

okei hari nie ckp sikitlah pasal tajuk yang atas tu...bile kite sebut je muslimah, kebanyakan daripada kite akan byngkan seorang prmpuan yang berjubah, bertudung labuh dan tak up-to-datelah kononnya...tapi sebenarnye definisi muslimah adalah perempuan atau wanita islam...bolehkan seorang muslimah bercouple ?
bolehkah kita bertabarruj dan sebagainya...tu soalan yang selalu kawan nyata mahupun kwn online bertanya pade saye...saye x begitu arif.sebaiknya rujuklah balik ape yang di katakan oleh ulamak muktabar...kerana hidup kite nie, kite kene berpegang kepada 4 perkara iaitu

*Al-quran
*hadith 
*ijmak
*qias

Allah ade menyebut dalam Al-quran tentang larangan mendekati zina...LA TAQRABUN ZINA..korang perasan tak kenape Allah x ckp "jgn berzina" tapi jgn dekati zina"...kenape..okei...zina boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu perbuatan,mata dan hati...kite bercouple tu sebenarnye adalah titik-2 yang menghampiri zina..mmg kite tak lakukan lagi tapi kite telah menghampirinya sedangkan Allah dah cakap jgn hampiri zina...permainan syaitan sgt licik membuatkan kite boleh tertipu dengan musuh utama kite sendiri...astaghfirullahal'azim...moga dapat dijauhkan ye..


tahukah kite macam mane Allah sayang kan hamba2-Nya...Allah S.W.T maha penyayang..ade satu cerita yang saye nak kongsikan berkenaan dgn kasihnya Allah kpd kite..saye mmenitiskan air mate apabila membaca kisah ini...betapa besarnya kasih sayang Allah pada manusia yang istimewa

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

seorang wanita yang baik bukan terletak pada kecantikannya..bukan juga kerana dia nie seorang yang bijak pandai memasak and semualah..kire perfect nk buad menantu plihankan...bukan semua tu yang akan membuad bidadari-2 syurga cemburu pada wanita itu
ape yang membuatkan dirinya seorang yang dicemburui oleh bidadari syurga tu ?

  • seorang anak yang taat pada ibu bapanya 
  • seorang isteri yang solehah dan pandai mengambil hati suaminya 
  • seorang ibu yang berusaha mendidik ank-2nya dengan tarbiyah islam dengan baik
  • seorang wanita yang bersungguh-sungguh menjaga aurat dan kehormatan dirinya
  • wanita yang giat menyumbang dalam islam 
  • wanita yang amat mencintai Allah dan Rasulullah
6 perkara di atas tu aq dapat mase dengar ceramah ustazah fatimah syarha yg bertajuk fitra wanita anggun..
kecantikan muslimah seperti inilah yang membuatkan diri mereka susah untuk didekati...alangkah indahnya jika kita ade masa lalu yang terpelihara..jadi peliharalah hati kite dan cinta kite untuk Allah...Insyaallah, Allah akan kirimkan kite seorang imam yang sayang Allah juga...siapa yang tak nak membentuk keluarga sakinah ? yang penting aurat dan hubungan kite dengan Allah kena jaga...kan indah mata memandang kalau seorang muslimah menjaga auratnya dengan baik

jadi, seorang muslimah haruslah mahalkan diri mereka daripada tawaran dan janji manis lelaki...tiada teman bukan beerti tak laku tapi limited untuk yang halal sahaja....di mana pulak kite letak istimewanya suami kita nanti kalau kita membenarkan lelaki lain menyentuh kite tanpa segan silu...





No comments:



SHout