hijrah


assalamualaikum wbt....okei.salam jumaat buad muslimin dan muslimat..hari yang penuh barakah nie...semoga masa kita didisi dengan perkara kebaikan yang smestinya akan mendatangkan manfaat utk kite bukan sahaj di dunia tapi di akhirat juga...sebelum nak cakap pasal hijrah nie...saya nak ucapkan byk-2 terima kasih pada salah seorang rakan fb saya yang sudi memberi pendapat dan menjawab persoalan saya yg pelik-2 tu..semoga Allah bersama akak :)
hijrah nie, semua orang tahu kan maksudnya...tapi saya bukan nak ckp pasal hijrah yang pindah rumah ke apa tu tapi hijrah sikap kita...mungkin ramai yg nak berhujrah sempena azam tahun baru nie kan...Alhamdulillah...tapi mesty cuba untuk lakukan ye..mungkin utk kita berhijrah nie byk godaan kan...kite akan terasa berat pada mulanya..tapi ingatlah niat kita nak berhijrah kerana siapa..haruslah kerana Allah kan...apa yang penting adalah kita kena sabar...percayalah sahabat-2 saya, sabar itu sangat indah..Allah pasti akan beri ganjaran yang tidak kita sangka sama sekali...masyaAllah....takkan kita x nak kan..
rasulullah mewariskan kita Al-quran dan sunnahnya untuk kita amalkan dan dalami...
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
kita nak berhijrah nie mungkin ada kalangan kita x de kekuatan atau tak ade dorongan..kenapa kita nak cari kekuatan darpada manusia..kenapa kita nak dapat kekuatan daripada seorang hamba Allah..kenapa kita kita tak minta kekuatan dari Allah..kita x percaya ke dengan Allah..Masyaallah tabarakallah...kita tahu Dia yang menjadikan kita..Dia yang memiliki hati setiap hamba-Nya..kita mendekati Allah insyaallah Allah akan hantar   seseorang yang sayangkan Allah untuk menyampaikan kekuatan darpd Allah...ingat apa sahaja kita nak buad niatkan kerana Allah...
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya."
(Hadith riwayat Bukhary)
apa yang kita nak buad untuk berhijrah ?
carilah ilmu...kalau cahaya tak jatuh di mata kita hanya buta fizikal, yang tak nampak jalan di dunia sahaja..tapi kalau tak ada cahaya ilmu yang jatuh ke dalam hati kita, kita ada potensi untuk buta hati dan kita takkan nampak jalan menuju akhirat...berkata imam asy-syafie rahimullah...
sesiapa yang inginkan dunia hendakklah mencari ilmu, jika hendakkan akhirat, maka carilah ilmu..jika hendak kedua-duanya maka carilah ilmu
ramai manusia ilmu hanya terletak dalam otak atau fikiran mereka tetapi bukan dalam hati kita..masyaallah...nak berubah kita tak perlu nak tulis status kat fb "aq nak jadi muslimah sejati" atau ape lagi yang lain..semua itu boleh timbul perasaan riak..riak itu syirik...kenapa tidak biar kita dengan Allah sahaja yang tahu...tapi lain cerita lah kalau kita beritahu orang2 tertentu seperti ustaz, ustazah, untuk meminta pandangan...

mungkin kita tak tahu macam mana nak mula memakai tudung labuh...Insyaallah, meh sini saya kongsikan...saya harap dapat membantu



1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah… 
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut. 
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring). 
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. 
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar. 
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
 seterusnya bersahabatlah dengan sahabat yang soleh solehah...kalau kita disisih jgn peduli...saya juga pernah  merasakannya...tapi semua tu, ujian Allah...itu semua penghapus dosa...yakin dengan Allah..jaga hubungan kita dengan Allah...

sekian..assalamualaikum :)


No comments:



SHout